HomeUtamaBoleh guna lesen D pandu jentera berat tak lebih 4,000kg - Wee...

Boleh guna lesen D pandu jentera berat tak lebih 4,000kg – Wee Ka Siong

Read Time:59 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memberikan kebenaran khas kepada pemandu kenderaan barangan “decontrolled” dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 3,500kg tetapi tidak melebihi 4,000kg untuk memandunya menggunakan lesen memandu kelas D sahaja.

Menterinya, Wee Ka Siong, berkata kebenaran khas yang berkuat kuasa serta merta itu berikutan keluhan serta kesusahan yang dihadapi oleh pengusaha dan pemandu mengenai isu keperluan mempunyai kelas lesen memandu yang ditetapkan apabila memandu kenderaan berkenaan.

Katanya, ia bagi meringankan beban dan memudahkan urusan pemain industri bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi perniagaan domestik.

“Kebenaran khas ini juga bertujuan membantu pihak industri dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta memudahkan pemain industri mendapatkan pemandu yang mempunyai lesen memandu yang sah dalam kelas D terutamanya dalam fasa negara pulih daripada pandemik Covid-19,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

Beliau berharap kebenaran khas itu membantu memulih serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, seterusnya memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

“Ini juga akan membuka peluang pekerjaan tambahan kepada semua penduduk Malaysia dan mencapai hasrat dan objektif Keluarga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan sekiranya had BTM kenderaan barangan “decontrolled” telah melebihi 4,000kg, pemandu adalah dikehendaki mempunyai lesen memandu kelas E bagi memandu kenderaan berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya