HomeUtamaKerajaan sokong usaha PNS anjur Pesta Buku Kinabalu

Kerajaan sokong usaha PNS anjur Pesta Buku Kinabalu

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong penuh usaha Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dalam melaksanakan penganjuran Pesta Buku Kinabalu yang diadakan selama empat hari bermula Khamis lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program yang dilaksanakan dengan kerjasama Nusa Centre dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu juga dapat memberi manfaat dalam pembudayaan ilmu serta budaya membaca dikalangan masyarakat.

“Program yang diadakan ini adalah bersesuaian dengan peranan perpustakaan.  Seperti mana yang saya nyatakan bahawa kita menyokong usaha ini dan akan membesarkan lagi program ini pada masa akan datang.

“Pejabat saya khususnya akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk melaksanakan program seumpama ini.  Saya akan minta Setiausaha saya berhubung terus dengan Pengarah PNS untuk menganjurkan program sama pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan 12 buah buku penulis Sabah terbitan Nusa Centre di PNS Cawangan Tanjung Aru di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah PNS Fatimah Abdillah dan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Datuk Jasni Matlani.

Mohd Arifin berkata, pihaknya juga akan menjalin kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan syarikat-syarikat penerbitan buku bagi mengadakan penganjuran Pesta Buku Kinabalu.

“Satu hari nanti kita boleh mengembangkan lagi program seumpama ini ke daerah-daerah lain seperti Sandakan, Tawau dan sebagainya.

“Program ini juga merupakan satu inisiatif yang baik dan ianya sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu dibawah agenda modal insan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan, Pendidikan dan pembudayaan keintelektual dikalangan masyarakat di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu unit khas dalam membantu mengangkat bidang sastera dan Bahasa di Sabah.

“Ini akan membantu penulis dari sudut aktiviti, sastera dan juga termasuklah penerbitan dan penulisan buku.  Sekurang-kurangnya kita dapat membantu penulis untuk menerbitkan buku mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular