HomeIsu tempatanMaritim Malaysia rampas minuman keras, bot gentian kaca

Maritim Malaysia rampas minuman keras, bot gentian kaca

Read Time:59 Second

LABUAN : Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas sebuah bot gentian kaca yang membawa muatan minuman keras di sini awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pada jam 1 pagi, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut telah mengesan sebuah bot yang bergerak daripada Labuan menuju ke tanah besar Sabah dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika ingin diperiksa, bot berkenaan terus memecut laju menuju ke kawasanpaya bakau di persisiran Mempakul, Sabah.

“Hasil pencarian di sekitar kawasan tersebut menemui sebuah bot gentian kaca yang ditinggalkan beserta 1,680 tin minuman keras yang dipercayai ingin dibawa keluar tanpa cukai daripada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, bot dan muatan berkenaan disita dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan serta diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, usaha-usaha mengesan pelaku yang memboloskan diri akan dilaksanakan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang salahlaku jenayah di laut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya