HomeUtamaHubungan baik Sabah, Indonesia terus diperkukuh dan diperluaskan

Hubungan baik Sabah, Indonesia terus diperkukuh dan diperluaskan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia khususnya negeri Sabah akan terus diperkukuhkan seterusnya diperluaskan lagi pada masa akan datang.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Rafail Walangitan berkata, ia termasuklah kerjasama antara kedua buah negara dalam sektor perdagangan, ekonomi, sosio budaya dan pelancongan.

Katanya, Sabah akan terus menjadi pilihan utama dalam kerjasama pembangunan bersama Indonesia apabila ibu kota Indonesia berpindah ke Kalimantan kelak.

“Sabah sentiasa memberikan kerjasama terbaik kepada rakyat Indonesia yang bekerja di negeri ini terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dimana pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Kami khususnya di Konsulat Indonesia di Sabah merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah atas dukungan dan bantuan yang diberikan kepada seluruh masyarakat Indonesia yang ada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Resepsi Peringatan Hari Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Republik Indonesia di sini kelmarin.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta beberapa barisan Jemaah Menteri Kabinet Sabah.

Rafail berkata, pihaknya turut menasihati rakyat Indonesia yang bekerja di negeri ini untuk sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Sabah.

Katanya, ia termasuklah melengkapkan diri dengan dokumen yang sah untuk berada di negeri ini.

Antara pengisian dalam majlis tersebut adalah acara pemotongan Nasi Tumpeng oleh Konsul Jenderal Rafail Walangitan untuk dipersembahkan kepada Tun Juhar dan Hajiji serta persembahan kebudayaan Indonesia

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular