HomeSukanSUKMA XX : Nevern ceriakan kem tenpin boling Sabah, raih emas kedua...

SUKMA XX : Nevern ceriakan kem tenpin boling Sabah, raih emas kedua peribadi

Read Time:1 Minute, 26 Second

KUALA LUMPUR: Nevern Netaneel Marcellinus menceriakan kem Sabah apabila berjaya muncul juara bagi acara master tenpin boling hari ini untuk emas kedua peribadi dan skuad tenpin boling negeri itu pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Pertarungan akhir acara master yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Subang itu menyaksikan Nevern menewaskan pemain Wilayah Persekutuan, Muhammad Hazim Alihanafiah 2-0 dengan catatan jatuhan pin 247-217, 257-247.

Ahad lalu, Nevern mempertahankan pingat emasnya dalam acara perseorangan lelaki dengan catatan 1,276 jatuhan pin, meninggalkan pingat perak untuk Danial Haiqal Izwan Suhardi (Pahang: 1,270 jatuhan pin) dan gangsa kepada Hariz Adlan Azman (Pulau Pinang: 1249 jatuhan pin).

Nevern yang juga merupakan atlet kebangsaan berterima kasih kepada ibu bapa yang memberi sokongan penuh kepadanya memajukan diri dalam sukan boling.

“Tidak lupa kepada Pegawai Pembangunan Sukan Boling (MSN) Amirul Sofie yang selama ini berusaha membantu saya dalam sukan boling.

“Terima kasih juga kepada (Pembantu Menteri Blia dan Sukan Sabah), Andi Muhammad Suryady Bandy yang turut datang memberi sokongan dan semangat kepada pasukan Sabah mencapai kejayaan ini,” katanya.

Nevern juga berterima kasih kepada Presiden Persatuan Tenpin Boling Sabah, Rozzainny Sham yang menjadi watak penting dengan pelbagai bantuan memburu kejayaan.

Sambil itu, Rozzainny mengucapkan syabas kepada Nevern kerana membantu skuad tenpin boling Sabah merangkul dua pingat emas.

“Nevern memang berhak menang kerana dia telah berkerja keras dengan komitmen dan disiplin tinggi dalam persiapan menghadapi kejohanan ini.

“Dia adalah satu-satunya atlet yang tidak balik Sabah berlatih. Dia berlatih sendiri di sini dan buat persiapan khusus selama dua bulan…ianya berbaloi,” katanya.

Pertandingan tenpin boling berakhir hari ini dan dua pingat emas skuad tenpin boling Sabah dari Nevern itu meletakkan Sabah pasukan ketiga terbaik dalam sukan itu di SUKMA ini.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya