HomeUtamaKompleks ITQAS bakal dibangunkan dengan kelengkapan yang lebih selesa

Kompleks ITQAS bakal dibangunkan dengan kelengkapan yang lebih selesa

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Sebuah Kompleks Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) akan dibangunkan dengan kelengkapan yang sesuai berdasarkan kehendak Agensi Kelayakan Malaysia.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pembinaan kompleks ITQAS itu dijangka akan dimulakan pada awal tahun hadapan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Katanya, bangunan kompleks itu nanti akan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 200 orang pelajar dalam satu masa selain akan berusaha untuk menaik taraf perjawatan pensyarah dan kakitangan ITQAS.

“Kerajan negeri akan membina sebuah bangunan Institut Tahfiz yang baharu yang akan memudahkan anak-anak kita belajar dengan lebih selesa di Tahfiz.

“Jika tiada halangan, ianya akan bermula dengan perancangan awal pada tahun ini dan pembinaan dijangka akan bermula awal tahun hadapan manakala peruntukan kini sudah disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen ITQAS kali kelima di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, ITQAS juga diharap akan menjadi halatuju kepada pelajar tahfiz swasta dan seterusnya kepada pelajar sekolah menengah yang memenuhi syarat kelayakan.

Katanya, pada tahun ini, pentadbiran ITQAS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah mengambil inisiatif untuk menguruskan  sepenuhnya berkaitan penghantaran pelajar ITQAS yang akan melanjutkan pengajian di luar negara khususnya di Mesir.

“Dengan usaha ini, pelajar tidak perlulah menggunakan kos yang besar untuk ke negeri seberang bagi melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian mereka,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu seramai 49 graduan telah menerima Sijil Tamat Pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat dan 25 graduan menerima Persijilan Tahfiz Al-Quran 30 Juzuk dan Pengajian Islam.

Sementara itu, Mohd Arifin turut menyampaikan Anugerah Graduan Cemerlang kepada Fariha Noorakma Murjim, Anugerah Graduan Mithali kepada Muhammad Nazlie Yidin dan Anugerah Tokoh Huffaz kepada Allahyarham Ustaz Shahrin Imran yang diwakili anaknya Noor Fathiyah Shahrin

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya