HomeIsu tempatanTUMPAS: Cubaan seludup rokok dan minuman keras anggaran nilai keseluruhan RM7,640,550

TUMPAS: Cubaan seludup rokok dan minuman keras anggaran nilai keseluruhan RM7,640,550

Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya menahan tiga buah kontena berisi rokok dan minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke negeri ini dengan anggaran jumlah nilai RM1,241,360, manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM7,640,550.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Cheong Yu Min berkata, pegawai Cawangan Siasatan Khas (CSK) dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar dan Cawangan Operasi, Marin dan Khidmat Sokongan, JKDM telah berjaya menahan tiga buah kontena berisi rokok dan minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk dengan anggaran jumlah nilai RM1,241,360 manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM7,640,550.

‘Kes pertama pada 10 September 2022, bertindak berdasarkan hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas yang meragukan, pegawai serbuan telah membuat penahanan terhadap sebuah kontena disyaki berisi rokok yang cuba diseludup masuk di Pelabuhan Sapanggar, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas kontena yang ditahan tersebut dianggarkan mengandungi sejumlah 10,200,000 batang rokok putih yang disyaki barang larangan dengan anggaran nilai harga sebanyak RM980,000.00, manakala anggaran nilai duti dan cukai sebanyak RM6,823,800.00,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Yu Min, kes kedua pada 18 September 2022, sekali lagi bertindak berdasarkan hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas yang meragukan, pegawai serbuan telah membuat penahanan terhadap dua buah kontena di Pelabuhan Sapanggar, Kota Kinabalu kerana disyaki cuba menyeludup masuk minuman keras pelbagai jenama.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas dua buah kontena yang ditahan tersebut dianggarkan mengandungi sejumlah 52,272 liter minuman keras jenis bir pelbagai jenama disyaki barang larangan dengan anggaran nilai harga sebanyak RM261,360.00, manakala anggaran nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM816,750.00,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi bagi ketiga-tiga kes ini adalah mengikrar dagangan import dengan barang lain dengan tujuan menyeludup bagi mengaburi pihak berkuasa. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (a) Akta Kastam 1967.

Yu Min turut menasihatkan orang ramai membantu pihak KDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

Justeru itu, JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar terima kunjungan Duta Uruguay

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya