HomeUtamaTindakan tegas pelaku, insiden pukat nelayan hanyut dan terdampar di Taman Pulau...

Tindakan tegas pelaku, insiden pukat nelayan hanyut dan terdampar di Taman Pulau Sipadan – Jafry

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin melahirkan rasa kecewa susulan insiden pukat nelayan yang hanyut dan terdampar di Taman Pulau Sipadan semalam.

Beliau menyifatkannya perkara itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku serta pihak lain yang terbabit.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, kira-kira jam 6 pagi 23 September Renjer Taman bersama Dive Marshal yang sedang bertugas membersihkan pantai telah mendapati kehadiran pelampung pukat hanyut di Tapak selaman Barracuda point hingga ke Hanging Garden.

“Pemeriksaan yang dilakukan mendapati serawan (seunit) pukat hanyut sepanjang 900 meter tersangkut di kawasan selaman tersebut.

“Kerja-kerja mengalih pukat hanyut telah dijalankan bersama beberapa penyelam daripada operator pelancongan iaitu Dive operator Seahorse scuba Sdn. Bhd, Dive operator, Dive Semporna dan Dive operator Borneo Juggle,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jafry berkata, semasa operasi mengalihkan pukat terdapat 18 ekor ikan berbagai jenis seperti ikan kumai, ogos, dua ekor ikan yu tersangkut, serta sebahagian kecil terumbu karang mengalami kerosakan.

“Pada jam lebih kurang 9.40 pagi, sebuah bot kayu ( jongkong ) memasuki kawasan Taman Pulau Sipadan, tanpa permit masuk yang sah dan pemilik bot tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

‘Siasatan awal mendapati, pemilik bot yang ditahan mengaku bahawa pukat tersebut adalah milik mereka, dan telah hanyut dibawa arus ke kawasan Taman Pulau Sipadan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kerja- kerja mengalih pukat hanya dapat di lakukan sepanjang Barracuda Point sehingga hujung North Point dan masih lagi berbaki lebih kurang 200 meter menjelang waktu malam.

“Kerja-kerja itu disambung pagi tadi melibatkan seramai 25 orang penyelam dari beberapa operator yang berdaftar dengan Taman-Taman Sabah sehingga selesai mengalih pukat tersebut.

“Jika disebabkan kecuaian, tindakan sewajarnya patut diambil sebagai iktibar semua pihak agar lebih berhati-hati pada masa akan datang,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya