HomeIsu tempatanCIP KPS kembang daya kreativiti, potensi pelajar dalam aspek kepenggunaan

CIP KPS kembang daya kreativiti, potensi pelajar dalam aspek kepenggunaan

Read Time:1 Minute, 56 Second

TENOM : Pelaksanaan program Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) Kelab Pengguna Sekolah (KPS) merupakan satu aktiviti berguna bagi mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, ia adalah melalui pendekatan baharu yang bersepadu dan mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan.

“Pendidikan mengenai hak-hak pengguna serta kepenggunaan ini wajar diterapkan kepada golongan muda bermula daripada peringkat persekolahan lagi.

“Ini adalah bagi memberi pendedahan awal tentang kepenggunaan di dalam usaha melahirkan generasi pengguna yang cakna akan hak masing-masing di dalam transaksi jual beli,  undang-undang berkaitan perniagaan dan tahu saluran yang betul sekiranya ingin membuat aduan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan CIP KPS peringkat negeri Sabah yang diadakan di Taman Pertanian Lagud Seberang di sini kelmarin.

Georgie berkata, generasi baharu perlu dilatih untuk lebih berani di dalam mempertahankan hak-hak pengguna.

“Mereka juga harus sedar bahawa suatu hari nanti, merekalah generasi yang mempunyai kuasa membeli dan mampu mempengaruhi permintaan serta penawaran sesuatu barangan atau perkhidmatan,” katanya.

Terdahulu, program CIP KPS yang bermula di peringkat daerah pada 27 Ogos lalu itu berjaya dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka, Tuaran seterusnya menewaskan 82 buah sekolah yang telah menyertai.

Sebanyak 18 buah sekolah yang merupakan Johan dan Naib Johan peringkat daerah berentap di peringkat Negeri Sabah.

Program ini merupakan program yang berbentuk cabaran interaktif atau ‘explorace’ menguji kecekapan, pengetahuan dan amalan kepenggunaan merangkumi aspek pengguna bijak, pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat, pemeliharaan alam sekitar dan kerjasama berpasukan.

SMK Sri Nangka akan mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada 17 Oktober ini di Negeri Terengganu.

SMK Sri Nangka, Tuaran diwakili oleh pelajar Amier Aidiel Arjali, Mohd Helmi Fazil, Nur Anisya Najwa Razuan dan Putri Nurrahmadina Abidin beserta Guru Pengiring mereka Norazlinda Abu Bakar berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 beserta trofi dan sijil.

Manakala Naib Johan Program CIP KPS Peringkat Negeri Sabah dimenangi oleh SMK Kota Marudu dengan hadiah wang tunai sebanyak RM700, trofi dan sijil.

Tempat ketiga diduduki oleh Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500, trofi dan sijil.

Turut hadir  Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Sudirman Sinti dan Ketua Cawangan KPDNHEP Keningau Awang Azri Biahi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya