Hajiji lancar Portal SYABAS, inisiatif kerajaan bantu pembangunan ekonomi belia Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan Portal Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) di Menara Kinabalu, hari ini.

SYABAS merupakan inisiatif baharu Kerajaan Negeri yang diperkenalkan pada dalam Belanjawan 2022 bagi memacu gerakan pembangunan ekonomi serta pengukuhan potensi para belia Sabah.

Program ini merupakan inisiatif yang dirintis oleh Hajiji melalui aspirasi yang disuarakan generasi muda bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan perniagaan baharu.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk Program SYABAS bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para usahawan belia negeri Sabah.

Antara objektif Program SYABAS ialah membantu para belia memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan selepas Pandemik COVID-19, membantu para usahawan belia yang mempunyai produk untuk dikembangkan operasi perniagaan dan membantu membina para usahawan belia membina rangkaian antarabangsa melalui aktiviti perniagaan eksport/import bagi memampankan perniagaan para belia.

Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun. Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan dalam bentuk bantuan kewangan kecil.

Dana ini akan diselia oleh Kementerian Belia Sukan Sabah dengan kerjasama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR).

Para belia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai SYABAS termasuk cara memohon skim itu boleh melayari laman web https://syabas.gov.my.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Andi Muhammad Suryady Bandy, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Mansur Asun dan Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abeka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *