HomeUtamaRumah Mesra SMJ bukti Kerajaan GRS-BN utamakan kebajikan rakyat - Limus

Rumah Mesra SMJ bukti Kerajaan GRS-BN utamakan kebajikan rakyat – Limus

Read Time:1 Minute, 36 Second

MENUMBOK : Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diberikan kepada mereka yang tidak memiliki rumah di kalangan rakyat dalam kategori miskin di negeri ini merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri yang amat baik.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury berkata, ia juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) dalam memastikan kebajikan rakyat adalah menjadi keutamaan

Katanya, Kerajaan GRS-BN tidak sesekali meminggirkan golongan miskin dan sentiasa melaksanakan program yang berorientasikan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan sekarang iaitu GRS-BN yang berjaya melancarkan Rumah Mesra SMJ khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

“Ini adalah yang julung kali diadakan di Sabah berbanding Kerajaan terdahulu dimana Kerajaan GRS-BN telah melaksanakan inisiatif baharu membina Rumah Mesra SMJ khusus untuk rakyat memerlukan,”‘ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media pada majlis penyerahan Rumah Mesra SMJ yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Kampung Kepayan Skim di sini hari ini.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu turut berharap agar rumah berkenaan dapat ditambah bagi setiap DUN pada masa akan datang.

“Saya difahamkan setiap kawasan DUN diperuntukkan sebanyak 20 unit rumah bagi setiap DUN. Justeru saya berharap agar jumlah itu dapat ditambah pada masa akan datang,” katanya.

Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan.

Kerajaan negeri akan menggunakan geran khas untuk Sabah sebanyak RM125.6 juta yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi membina Rumah Mesra SMJ yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT di negeri itu.

Rumah itu akan dibina di semua 73 kawasan DUN Sabah dan pegawai terlibat seperti pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan mayor majlis bandar raya akan diminta mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan Rumah Mesra SMJ.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya