HomeUtamaPolis tahan lapan individu termasuk warga Afrika kes gaduh di pusat hiburan

Polis tahan lapan individu termasuk warga Afrika kes gaduh di pusat hiburan

Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR– Seramai lapan individu termasuk dua wanita warga Afrika ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan di kawasan pusat hiburan sekitar Jalan Tun Razak di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kes pergaduhan itu pada jam 5.35 pagi.

“Seorang lelaki warga Afrika dilaporkan meninggal dunia, manakala dua lagi lelaki warganegara sama cedera dan dirawat di sebuah hospital swasta,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ashari berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa dan rakannya bergaduh dengan sekumpulan lelaki warga asing.

Kenyataan Media Rasmi IPD Wangsa Maju

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan terdapat kesan luka akibat tetakan di belakang lehernya,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Kuala Lumpur.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular