HomeUtamaPPK Beluran, Nestlin meterai bekerjasama pasarkan sarang burung walit bernilai RM4 juta

PPK Beluran, Nestlin meterai bekerjasama pasarkan sarang burung walit bernilai RM4 juta

Read Time:1 Minute, 18 Second

BELURAN – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) Pemasaran Walet di antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran dan Syarikat Nestlin Sdn Bhd bernilai RM4 juta setahun bagi tempoh 5 tahun telah dimeterai hari ini.

Majlis MoU itu disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Mereka (pengusaha sarang burung di Beluran) ketika ini boleh menjual terus kepada PPK dengan harga yang lebih baik tanpa manipulasi daripada orang tengah.

“Di Beluran sahaja terdapat 1,100 rumah sarang burung yang diusahakan oleh penduduk Beluran dan ini merupakan 25 peratus daripada jumlah rumah sarang burung keseluruhan negeri Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perasmian Pesta Walit Beluran di sini hari ini.

Menurutnya, kerjasama itu akan memberi tumpuan dalam lima aspek antaranya, perkongsian kepakaran, strategi pengurusan, perkongsian insfrastruktur, khidmat nasihat dan pemasaran hasil.

Dalam pada itu, penganjuran pesta itu sempena sambutan 50 tahun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP50).

“Program berkaitan industri sarang burung walit serta industri asas tani yang melibatkan PPK bertujuan untuk mempromosi industri walit kepada komuniti agromakanan luar bandar yang merupakan majoriti masyarakat peladang, selain menyampaikan maklumat dan hebahan tentang pendekatan termasuk dasar-dasar terkini kerajaan secara terus kepada rakyat di peringkat lapangan,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Ronald merasmikan Pusat Proses Barang Burung Walit PPK Beluran yang akan memberi manfaat kepada lebih 800 pengusaha sarang burung itu di Beluran selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya 50 orang anak peladang di derah berkenaan.

Pusat pemprosesan itu, yang kini beroperasi sepenuhnya dengan kerjasama Nestlin Malaysia, telah dibangunkan oleh LPP melalui peruntukan sebanyak RM1.4 juta dengan kapasiti 100kg pengeluaran sarang burung sebulan.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya