HomePolitikRuddy tetap bersama GRS dan BERSATU

Ruddy tetap bersama GRS dan BERSATU

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Ruddy Awah turut menafikan dakwaan kononnya beliau akan keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas kekal teguh dengan pendirian untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GRS.

“Saya tegaskan bahawa saya tetap bersama GRS, BERSATU dan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ruddy menjadi antara yang dilaporkan akan beralih sokongan kepada Parti Warisan (Warisan).

Semalam, beliau turut menghadiri Program Jelajah GRS yang diadakan di Kota Marudu selain program di Matunggong.

Selain Ruddy, turut disebut-sebut meninggalkan GRS adalah Datuk Masiung Banah (Tongod); Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Datuk Ghani Mohamed Yassin (Nabawan).

Petang tadi, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) turut menafikan dakwaan konon dirinya telah keluar daripada GRS.

Beliau tetap berpendirian teguh menyokong Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya