HomeIsu tempatan13 guru jayakan Kolokium Kajian Tindakan SMK Elopura

13 guru jayakan Kolokium Kajian Tindakan SMK Elopura

Read Time:1 Minute, 30 Second

SANDAKAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura berjaya merealisasikan pelaksanaan Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Sekolah bagi Tahun 2022 bertempat di Bilik Teater SK Sung Siew pada 15 Oktober lalu.

Kolokium dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Cemerlang SMK Elopura Nor Aslam Mano Abdullah dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Dr. Dalmansa Tahill.

Beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘HEBAT’.

Sementara itu, ucaptama kedua disampaikan oleh Pengetua SMK Muhibbah Teo Poo Siang bertajuk ‘Rezeki daripada Murid’.

Wee Fwen Yep selaku penyelaras program berkenaan memaklumkan seramai 13 orang guru terlibat sebagai peserta dalam pembentangan kajian tindakan masing-masing.

Kesemua laporan itu dibentang dan dinilai oleh juri yang pakar dalam kajian tindakan.

Pembentang-pembentang terdiri Jurianah Jali, Ng Con Nie @ Connie Ng, Normaliza Abd Azis, Norain Ahmad, Ramla Ogoh, Rahima Lagago, Basarah Bakar, Melcom Anak Angkun, Mohd Ikhwan Mohd Kassim, Rafida Manan, Mahadir Amboala, Ricky Sahian, Mohd. Sahrul Nizam Sahidin, Safarina Mohd Fathoni dan Siti Marwana Putung.

Pihak juri pula terdiri Pegawai SISC+ Dr. Nurlila Abdul Wahab selaku ketua juri, Dr. Lo Kim Seng (PK Kokurikulum SMK Elopura), dan Zulfhikar Rabe (Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS).

Turut hadir memeriahkan program itu ialah seramai 115 orang audiens yang terdiri daripada guru-guru, jurulatih seni, dan anggota kumpulan pelaksana.

Menurutnya, kajian tindakan dihasilkan bertujuan untuk penambahbaikan secara profesional amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan sebagai platform pembangunan profesionalisme guru melalui penyelidikan untuk dijadikan sebagai amalan terbaik guru pada setiap tahun.

Dengan usaha itu, beliau berharap agar slogan ‘Sepakat Melonjak Budaya Penyelidikan’ dapat dicapai melalui kolokium pada kali ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua SMK Elopura Nor Aslam Mano Abdullah kerana memberikan bimbingan dan sokongan padu terhadap kolokium ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada penyampai ucaptama, juri dan semua pembentang kajian tindakan yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyiapkan laporan dan pembentangan kajian tindakan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya