HomeIsu tempatanJaPEN Sabah terus perkasa peranan, jalin kerjasama tangani wabak demam denggi

JaPEN Sabah terus perkasa peranan, jalin kerjasama tangani wabak demam denggi

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan (JaPEN) Sabah akan terus memperkasakan peranan selain bekerjasama dengan semua agensi serta jabatan Kerajaan Negeri dalam usaha membendung wabak demam denggi.

Pengarah JaPEN Sabah Jainisah Mohd Noor berkata, komitmen itu dinyatakan selepas mengadakan pertemuan sulung dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong di Menara Kinabalu.

Katanya, wabak demam denggi itu kini dilihat mengancam kesihatam masyarakat di negeri ini.

“Sebagai jabatan yang mempunyai akses kepada masyarakat akar umbi, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan isu-isu semasa sama ada isu keselamatan, sosial, ekonomi dan sebagainya.

“Dalam menghadapi wabak demam denggi ini, kita akan memperkasakan lagi peranan jabatan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk membendung penyakit ini.

“Ini termasuklah hebahan melalui unit bergerak di seluruh daerah di Sabah untuk mengingatkan masyarakat supaya membersihkan kawasan persekitaran dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Katanya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), terdapat tiga kematian dilaporkan daripada 4,055 kes demam denggi yang direkodkan sejak Januari hingga September tahun ini.

“Daripada laporan JKNS, kita dapati lima daerah utama menjadi penyumbang kepada peningkatan 241 peratus bagi tempoh sama tahun lalu iaitu Sandakan diikuti Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Putatan.

“Oleh itu, kita berharap seluruh lapisan masyarakat akan memikul tanggungjawab membendung wabak ini daripada terus merebak demi kesihatan diri, keluarga dan orang di sekitar kita,” katanya.

Jainisah yang dilantik sebagai Pengarah Penerangan Sabah yang ke-16 berkuatkuasa 26 September lalu sekali gus meneruskan legasi kepimpinan wanita menggantikan Nadzerah Abdullah yang bersara wajib.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Penerangan, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Azman Sipan dan Ketua Penolong Pengarah Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Busmin Brahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya