HomeUtamaTambang mahal, pelajar Sabah sukar balik tunai tanggungjawab sebagai pengundi

Tambang mahal, pelajar Sabah sukar balik tunai tanggungjawab sebagai pengundi

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Tambang penerbangan yang mahal untuk pulang ke negeri ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November ini mungkin terpaksa dilupakan khususnya dikalangan pelajar Sabah di Semenanjung.

Meskipun diberi pelepasan selama lima hari bermula pada 17 sehingga 21 November ini namun sebilangan pelajar Sabah di Semenanjung melihat harga tiket penerbangan masih mahal selain bersifat ‘Yahudi’.

Perkara itu disuarakan Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Sabah menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam.

Menerusi kenyataan bersama kedua-dua badan itu, Presiden MARSIS Mohd Shahrul Izzat bin Basri dan Timbalan Pengerusi GAMIS Sabah Mohd Faizal Kambah berkata, isu berkenaan menjadi antara kerisauan kepada pelajar  yang menyebabkan mereka tidak dapat pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Mereka berkata, isu tiket penerbangan mahal ke Sabah itu bukanlah suatu perkara yang baharu namun isu berkenaan telah dilihat sebagai senario tahunan yang akan dibangkitan.

“Sebelum ini MARSIS juga telah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini iaitu Harga Tiket Ke Borneo Mahal pada musim perayaan yang membebankan mahasiswa dan juga anak perantau untuk pulang menyambut hari raya Aidilfitri.

“Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Menteri Pengangkutan, Menteri Tugas – Tugas Khas dan Ketua Menteri kerana bimbang kepada pelajar Sabah yang ada kesedaran mengundi tidak dapat pulang mengundi.

“Selain itu kebimbangan lain adalah objektif utama KPT memberi cuti pelepasan lima hari tidak tercapai iaitu untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan pemerintahan negara dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sebagai pengundi,” menurut kenyataan bersama itu.

Sebelum ini, KPT  bersetuju supaya semua institusi pendidikan tinggi (IPT) memberi pelepasan selama lima hari bermula pada 17 hingga 21 November depan kepada mahasiswa untuk pulang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya