HomeUtamaKetua Menteri serah kenderaan kepada 7 pejabat kawasan UPPM

Ketua Menteri serah kenderaan kepada 7 pejabat kawasan UPPM

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan tujuh buah kereta jenis hilux kepada tujuh pejabat kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri di lobi utama Menara Kinabalu, dekat sini, hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk.

Pengarah UPPM Negeri, Datuk Matbali Musah dalam taklimatnya kepada Hajiji berkata, penyerahan tujuh buah kereta pacuan empat roda itu merupakan penyerahan fasa pertama.

Katanya, untuk tahun ini UPPM dijangka akan menyerahkan sebanyak 40 buah kereta untuk kegunaan pejabat kawasan UPPM. Manakala bakinya 33 buah lagi akan diserahkan pada tahun hadapan.

“Kereta ini adalah untuk kegunaan PPM dan kakitangan pejabat kawasan UPPM yang sering turun padang melawat kampung-kampung dan rakyat yang menghadapi masalah dalam kawasan DUN masing-masing, termasuk masalah banjir dan lain-lain”, katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam dan Pegawai Tadbir UPPM, Musliati Moslimin.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya