HomePolitikBelum ada perbincangan mengenai calon TPM - Yakub

Belum ada perbincangan mengenai calon TPM – Yakub

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Barisan Nasional (BN) Sabah belum membincangkan mengenai nama calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dari negeri ini jika gabungan itu menang secara dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi BN Sabah Datuk Yakub Khan berkata, jawatan itu juga perlu mempunyai kuasa yang diperlukan dalam membawa perubahan kepada negeri ini dan bukan sekadar perhiasan.

“Pada lawatan Perdana Menteri ke Sabah minggu lalu dalam satu program di Kimanis, beliau telah mengumumkan untuk mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Bagi saya secara peribadi perkara ini sangat baik cumanya yang kita harapkan agar jawatan Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai kuasa dan bukan sekadar perhiasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Digitasi Rekod Mahkamah Anak Negeri di sini hari ini.

Yakub yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya bersetuju dan mengalu-alukan cadangan pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah.

“Bagaimanapun setakat ini kita belum membincangkan perkara itu termasuk belum membincangkan nama sesuai untuk calon jawatan berkenaan,”katanya.

Ketika ditanya mengenai kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU-15, Yakub berkata, kerjasama itu kekal wujud antara BN dan GRS dalam menghadapi pilihan raya.

“Segala perbincangan mengenai agihan kerusi juga telah pun sampai ke puncak, hanya tinggal untuk dimuktamadkan.

“Berkenaan dengan calon, terpulang kepada parti masing-masing tetapi dalam perbincangan kita telah menyatakan agar calon yang diletakkan sama ada dalam kerusi BN mahupun GRS perlulah dibincangkan bersama agar ianya adalah calon terbaik untuk mewakili BN dan GRS itu sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya