HomeIsu tempatanLelaki maut dihempap jentolak

Lelaki maut dihempap jentolak

Read Time:36 Second

TENOM: Seorang lelaki maut selepas dihempap jentolak dalam satu kejadian di Kg Tuan dekat sini pada Jumaat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.13 pagi tadi (28 Okt).

“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian di Kg Tuan berdekatan SK Lagut Tenom dan melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki telah dihempap jentolak yang dikendalikannya selepas terbabit kemalangan semasa melakukan kerja-kerja mengangkat tanah.

“Mangsa yang berumur 60 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Seterusnya operasi ditamatkan pada jam 11:49 pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular