Pendakwaan gagal buktikan wang RM9.5 juta diterima Shafee hasil aktiviti haram – Hakim

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wang berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hasil daripada aktiviti haram.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman ringkasnya berkata mahkamah mendapati daripada keterangan saksi pendakwaan, tidak ada langsung keterangan menunjukkan wujudnya perlakuan predikat (aktiviti haram) dan daripada mana wang tersebut diperoleh.

“Sebaliknya, keterangan saksi pendakwaan ke-8 (SP8) Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Farid Jabbar, mengesahkan dalam pemeriksaan balas bahawa tidak ada apa-apa aktiviti haram yang menunjukkan tertuduh menerima wang itu melalui cek dan penerimaan wang itu bukan penerimaan hasil daripada aktiviti haram,” kata hakim.

Beliau berkata  oleh kerana tidak ada perlakuan kesalahan predikat, maka mungkin tidak ada hasil daripada aktiviti haram sekali gus kesalahan predikat (aktiviti haram) tidak berjaya dibuktikan.

Hakim Muhammad Jamil dalam keputusannya melepas dan membebaskan  Muhammad Shafee, 70, atas dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkata pendakwaan juga terikat dengan saksi-saksi pendakwaan mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *