HomeUtamaRM47 juta peruntukan disalurkan kepada sekolah, badan keagamaan bukan Islam di...

RM47 juta peruntukan disalurkan kepada sekolah, badan keagamaan bukan Islam di Sabah

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM47 juta bagi membantu sekolah-sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah pada tahun ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM20 juta diperuntukan bagi sekolah-sekolah bukan Islam.

Antaranya termasuklah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK); Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) ; Sekolah Menengah (SM) (Mission) dan TADIKA.

Katanya, sebanyak RM27 juta lagi diperuntukan bagi badan-badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

“Bagi sekolah-sekolah, sejumlah RM3.98 juta telah diluluskan untuk sembilan buah SMPC; RM1.9 juta untuk lapan buah sekolah SMJK ; RM8.1 juta untuk 81 buah SJKC; RM4.1 juta untuk 73 buah SRK Mission; RM1.1 juta untuk 137 buah tadika dan RM695,000 untuk 18 buah sekolah swasta (mission).

“Bagi tujuan pembangunan dan pembaikan badan-badan keagamaan bukan Islam, sejumlah RM20.8 juta telah diluluskan untuk gereja-gereja yang melibatkan 16 buah dedominasi gereja-gereja di Sabah; RM5.8 juta untuk 152 buah tokong dan RM400,000 untuk 10 buah kuil Hindu/Sikh pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan Sabah kepada Sekolah-sekolah dan Badan-badan Keagamaan bukan Islam 2022 bagi Zon Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Bawah di sini hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berharap bantuan yang diagihkan atas keprihatinan Kerajaan negeri itu akan dapat meringankan beban dalam membangun dan membaiki sekolah serta rumah ibadat yang terlibat.

Katanya, ini sekali gus akan memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi.

“Kerajaan Negeri sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek serta sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya berharap dengan sumbangan tahunan ini akan dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung kos operasi harian selain menjalankan program berkaitan serta penambahbaikan institusi dan badan keagamaan masing-masing.

“Semoga sumbangan dan bantuan kewangan oleh Kerajaan Negeri ini akan memberi manfaat dan memupuk semangat kesaudaraan dalam kalangan pelbagai masyarakat di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya