HomeUtamaAnak muda perlu bijak pilih pemimpin bagi laksana pembangunan berterusan

Anak muda perlu bijak pilih pemimpin bagi laksana pembangunan berterusan

Read Time:1 Minute, 22 Second

LABUK : Anak muda perlu memilih pemimpin dan parti yang terbaik bagi memastikan suara mereka dan agenda pembangunan dapat dilaksanakan terutama di kawasan luar bandar pada Pilihan Raya Umum ke – 15 (PRU15) ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pemilihan calon yang bersesuaian boleh membawa agenda aspirasi pembangunan di luar bandar.

“Saya berharap mereka (anak muda) melakukan pemilihan yang terbaik dan kita telah mendedahkan mereka dengan pelbagai cabaran pembangunan yang sedang dihadapi oleh kawasan luar bandar dan kefahaman mereka terhadap cabaran ini akan membawa mereka membuat pemilihan calon yang sesuai.

“Kawasan luar bandar memerlukan sentuhan yang berterusan kerajaan untuk memastikan aspirasi anak-anak luar bandar ini untuk melihat pelbagai kemudahan asas yang diperlukan dapat dilaksanakan oleh kerajaan dalam PRU kali ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Troop183 @ Labuk dan Program Pemimpin Bersama Anak Muda hari ini.

Ronald menjelaskan, GRS dan Barisan Nasional (BN) telah mewujudkan kerjasama erat dalam mengagihkan 25 kerusi Parlimen di negeri Sabah ini dan telah diperincikan oleh kepimpinan kedua-dua parti tersebut.

“Saya berharap kedua-dua parti ini mempunyai aspirasi untuk meneruskan kelangsungan kestabilan politik dan membelakangkan sebarang bentuk perbezaan tetapi mengangkat kebersamaan kehendak aspirasi untuk mengangkat kestabilan dapat diterjemahkan melalui kerjsama yang erat menjelang PRU ini.

“Jadi pada saya, kerjasama penting bagi memastikan Sabah akan terus berkhidmat dalam kestabilan politik oleh rakyat Malaysia pada PRU15 ini,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai senarai calon GRS menjelang PRU15 ini, beliau menjelaskan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Calon akan diumumkan dalam masa sehari dua lagi dan sebagai penyandang kerusi Parlimen Beluran saya tentu sekali menawarkan khidmat dan bersedia untuk dicalonkan oleh GRS,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya