HomeIsu tempatanBudaya kerja selamat, sihat perlu diterapkan elak kemalangan di tempat kerja

Budaya kerja selamat, sihat perlu diterapkan elak kemalangan di tempat kerja

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Amalan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja perlu diterapkan dan diamalkan oleh semua pihak sama ada majikan mahupun pekerja.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Kasim Hj Mansor berkata, ia penting bagi mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan daripada berlaku.

“Sehubungan itu, program-program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dijadikan sebagai salah satu program tahunan sesebuah organisasi.

“Pada masa yang sama ia meyemai semangat berpasukan dalam kalangan pekerja serta menjamin keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Penarafan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kolej Kediaman UMS, di sini, baru-baru ini.

Program yang julung kalinya diadakan itu merupakan anjuran Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), dan Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS.

Menyentuh mengenai penganjuran program tersebut, Kasim memaklumkan ia antara lain bertujuan menggalakkan penglibatan setiap warga universiti dalam aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sekali gus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam KKP.

“Pada masa yang sama, ia bagi menerapkan amalan pengurusan KKP yang cekap berteraskan pengurusan risiko yang berkesan bagi merealisasikan pembudayaan kerja selamat dan sihat di UMS.

“Untuk makluman, penarafan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan kolej kediaman sebagai tempat yang selamat dan sihat, selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), dan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS.

“Anugerah ini juga bertepatan dengan falsafah kolej kediaman yang memelihara kesejahteraan dan keharmonian warganya,” tambah Kasim.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Pengarah PKKP, Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman, Pengarah PNRF, Hasmi Hashim, dan Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya