HomeIsu tempatan51 KIR terjejas banjir di Mukim Ansip terima bantuan

51 KIR terjejas banjir di Mukim Ansip terima bantuan

Read Time:57 Second

KENINGAU : Seramai 112 orang penduduk yang terkesan banjir beberapa hari lalu di Mukim Ansip di sini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Ansip buat sementara waktu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam telah mengakibatkan air daripada sungai naik dan menyebabkan penduduk di sekitar terpaksa dipindahkan atas faktor keselamatan.

“Agensi terlibat yang diketuai oleh Pejabat Daerah telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memindahkan keluarga-keluarga termasuklah warga emas, Orang Kurang Upaya dan anak-anak kecil yang terjejas ke Dewan SK Ansip,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika mengadakan lawatan ke PPS tersebut, Arthur turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian kepada 51 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa yang terjejas.

Dalam pada itu, mangsa-mangsa yang terjejas akan ditempatkan di PPS SK Pekan Ansip sehingga banjir surut dan disahkan selamat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah serta agensi yang berkenaan.

Arthur turut menyatakan komitmen untuk sentiasa memantau keperluan mangsa-mangsa di PPS SK Pekan Ansip dari semasa ke semasa sehinggalah semua mangsa dapat pulang ke rumah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya