HomeIsu tempatanKonsep Keluarga Malaysia semarak semangat kekeluargaan di Sabah

Konsep Keluarga Malaysia semarak semangat kekeluargaan di Sabah

Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan dikalangan rakyat Sabah yang telah lama diamalkan di negeri itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Dayang Sabrina Pangiran Jaafar, 43, berkata, selepas hampir setahun Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia, sepanjang pemerintahan beliau bukanlah terlalu berpolitik tetapi juga menitikberatkan isu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang harmoni dikalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

“Justeru itu, beliau memperkenalkan Konsep Keluarga Malaysia, sungguhpun ini bukanlah sesuatu yang baharu malah di Sabah kita sudah mengamalkan Konsep Keluarga Malaysia ini sudah berpuluh tahun dengan pelbagai etnik, bahasa dan agama, kita tidak ada isu mengenai masalah perkauman di Sabah.

“Kita di Sabah menerima konsep ini dan ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk menerimanya kerana kita sudahpun mengamalkannya,” katanya ketika ditemui pemberita Sabah Media hari ini.

Menurut Sabrina yang juga seorang guru, apabila YAB PM memperkenalkan Konsep Keluarga Malaysia, beliau percaya di Sabah sangat mudah mengamalkan pendekatan yang digunakan dan konsep tersebut juga tidak meminggirkan sesiapapun sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

“Ini kerana rakyat mendapat hak sama rata, jika semua rakyat Malaysia menerima konsep ini saya rasa kita tidak akan mengalami masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Sabrina turut gembira dengan peruntukan yang sangat besar untuk Negeri Sabah yang telah diumumkan dalam bajet 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

“Kita ambil contoh mudah bajet 2023 sekiranya BN menang, Sabah akan menerima peruntukan sebanyak RM6.3 bilion iaitu satu jumlah yang sangat besar, ini menunjukkan YAB PM sangat prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan rakyat Sabah.

“Saya sebagai rakyat Sabah sangat gembira sekiranya sekali lagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan sebagai Perdana Menteri kerana kita tidak melihat beliau sibuk dengan isu-isu yang lain tetapi memberatkan isu menjaga kebajikan Keluarga Malaysia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya