HomePolitikSPRM Sabah lancar bilik gerakan PRU-15

SPRM Sabah lancar bilik gerakan PRU-15

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah melancarkan lima bilik gerakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bilik gerakan yang dibuka itu adalah bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang PRU-15.

SPRM Sabah dalam satu kenyataan berkata, bilik gerakan tersebut akan beroperasi di setiap cawangan SPRM Sabah mulai 5 hingga 20 November depan.

Menurut kenyataan itu, ia akan menerima sebarang maklumat dan juga aduan berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen dan pilihanraya

“Semua bilik gerakan tersebut akan beroperasi selama 24 jam melibatkan seramai 106 pegawai SPRM Sabah sepanjang tempoh PRU-15 dan orang awam boleh menghubungi bilik gerakan tersebut menerusi talian yang disediakan.

BIL.    PEJABAT / CAWANGAN   NO. TELEFON

1.         Pejabat SPRM Kota Kinabalu (088-488381, 088-488382, 011-36516775)
2.         Pejabat SPRM Cawangan Sandakan (089-668746,088-668496)
3.         Pejabat SPRM Cawangan Tawau (089-772743, 089-7523005)
4.         Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu (089-868769)
5.         Pejabat SPRM Cawangan Keningau (087-336761 / 087-336762)

SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular