HomeUtamaPRU15: Muafakat GRS-BN penting untuk Sabah - Hajiji

PRU15: Muafakat GRS-BN penting untuk Sabah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: “Muafakat Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) bukan hanya penting untuk kita di Sabah, tetapi kesatuan ini juga amat bernilai dan bermakna untuk memastikan suara Sabah kuat, suara kita akan didengar, dilihat dan dirasai di peringkat nasional,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, kita memutuskan untuk memperkukuh muafakat GRS-BN melalui gabungan kerjasama bagi menghadapi PRU Ke-15.

“Pastinya bukan mudah, dan ini menuntut pengorbanan, toleransi dan kompromi banyak pihak. Tapi yakinlah pengorbanan dan keterbukaan ini amat penting untuk rakyat dan negeri Sabah,” katanya semasa berucap pada majlis pengumuman bersama senarai calon GRS dan BN yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Hajiji berkata, permuafakatan itu bukan sahaja menyelesaikan isu-isu rakyat yang diwarisi sejak sekian lama, tetapi juga perlu membawa negeri ini melangkah ke hadapan untuk membina Sabah yang lebih maju dan berjaya.

Beliau turut menasihatkan kepada ahli-ahli parti supaya menerima keputusan berhubung pembahagian kawasan dan penentuan calon yang diumumkan di Magellan Sutera Ballroom, di sini hari ini. (2 Nov)

“Kita perlu berlapang dada dan terima keputusan yang dibuat berhubung pembahagian kawasan dan penentuan calon. Kita wajib untuk memastikan calon-calon GRS-BN yang diumumkan sebentar tadi menang dalam pilihan raya ini.

“Ini penting untuk memastikan kita menyumbang dan menjadi teras kepada pembentukan kerajaan yang stabil di peringkat persekutuan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya