KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah melancarkan lima bilik gerakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Bilik gerakan yang dibuka itu adalah bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang PRU-15.
SPRM Sabah dalam satu kenyataan berkata, bilik gerakan tersebut akan beroperasi di setiap cawangan SPRM Sabah mulai 5 hingga 20 November depan.
Menurut kenyataan itu, ia akan menerima sebarang maklumat dan juga aduan berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen dan pilihanraya
“Semua bilik gerakan tersebut akan beroperasi selama 24 jam melibatkan seramai 106 pegawai SPRM Sabah sepanjang tempoh PRU-15 dan orang awam boleh menghubungi bilik gerakan tersebut menerusi talian yang disediakan.
BIL. PEJABAT / CAWANGAN NO. TELEFON
1. Pejabat SPRM Kota Kinabalu (088-488381, 088-488382, 011-36516775)
2. Pejabat SPRM Cawangan Sandakan (089-668746,088-668496)
3. Pejabat SPRM Cawangan Tawau (089-772743, 089-7523005)
4. Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu (089-868769)
5. Pejabat SPRM Cawangan Keningau (087-336761 / 087-336762)
SABAH MEDIA