HomeSukanBekalan satu gol belum selamat buat Sabah FC

Bekalan satu gol belum selamat buat Sabah FC

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Bekalan satu gol Sabah FC selepas berdepan Kuching City FC (KCFC) di Stadium Negeri Sarawak dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam masih belum selesa buat pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Ini kerana pasukan The Rhinos itu perlu mengharungi satu lagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas Jumaat ini dalam memburu slot ke separuh akhir.

Kim Swee berkata, slot separuh akhir masih belum berada kukuh dalam genggaman sekali gus menuntut anak buahnya supaya kekal fokus dalam memburu slot ke separuh akhir.

“Kuching City menunjukkan satu prestasi yang baik terutamanya selepas ketinggalan. Ini satu keputusan yang positif tetapi ini bukan bermakna kita sudah layak (ke separuh akhir).

“Kita masih ada pusingan kedua dan ia bukan mudah walaupun kita akan beraksi di tempat sendiri,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Terdahulu, jaringan tunggal pemain tengah, Baddrol Bakhtiar membantu skuad Badak meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Liga Perdana itu malam tadi yang jelas menjadi pemisah paling ketara buat kedua dua pasukan terbabit.

Keputusan ini membolehkan anak buah Kim Swee memiliki sedikit kelebihan apabila hanya perlu mengelak daripada tewas pada aksi kedua nanti sekiranya mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya