HomeUtamaPerkara MA63 perlu kerjasama, komunikasi lebih mendalam di peringkat kerajaan - Joniston

Perkara MA63 perlu kerjasama, komunikasi lebih mendalam di peringkat kerajaan – Joniston

Read Time:1 Minute, 35 Second

TUARAN: Usaha menuntut hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melibatkan rundingan antara kerajaan persekutuan dan negeri, dan bukannya dengan individu.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai, berkata perbincangan antara pemimpin individu sahaja tidak mencukupi kerana perkara MA63 adalah penting yang memerlukan kerjasama serta komunikasi yang lebih mendalam di peringkat kerajaan.

Beliau berkata Sabah memerlukan pemimpin yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri serta mengutamakan kepentingan rakyat, dan mereka yang sanggup bersusah payah mengumpul bukti bagi menyokong tuntutan hak-hak Sabah di bawah MA63.

Joniston, yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, berkata demikian semasa kempen ceramah di Kampung Sawah, Tamparuli di sini, pada Rabu.

“Saya tahu ada (calon) telah membentangkan manifesto memperjuangkan MA63, tetapi kita perlu ingat bahawa rundingan antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah penting untuk tuntutan menjadi kenyataan.

“Kita mempunyai kerajaan negeri yang stabil dan seiring dengan kerajaan persekutuan. Hubungan kukuh yang wujud antara kerajaan adalah penting, dan ia harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha memperjuangkan hak negeri,” katanya.

Joniston berkata pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak oleh kerajaan persekutuan, yang telah diketuai oleh presiden Parti Bersatu Sabah dan penyandang Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, menunjukkan persefahaman yang mantap antara negeri dan persekutuan dalam melindungi hak-hak seperti yang termaktub dalam MA63 .

Beliau menegaskan bahawa pentadbiran negeri GRS-BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan terus memperjuangkan hak Sabah dan menyokong kepimpinan yang memandang serius perjuangan Sabah.

Beliau kemudian menyeru pengundi Tuaran untuk memberikan sokongan mereka kepada GRS pada pilihan raya akan datang.

Joniston bertekad untuk merampas kerusi Parlimen Tuaran daripada penyandangnya iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga calon Pakatan Harapan (PH).

Beliau juga akan menentang Jo-Anna Sue Henley Rampas (Warisan); Muminin Kalingkong @Norbinsha (Parti Pejuang Tanah Air); Bobby Lewat (bebas), dan Datuk Noortaip Suhaili (bebas).

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya