HomeUtamaPRU15 : Komponen GRS terus bersama selepas pilihan raya - Hajiji

PRU15 : Komponen GRS terus bersama selepas pilihan raya – Hajiji

Read Time:48 Second

TAMPARULI : Semua komponen parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bersama dalam gabungan itu  selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah (SM) Advent Tamparuli di sini hari ini.

“Sudah tentu, Kerajaan Negeri kini adalah gabungan antara beberapa buah parti, saya kira ada lima parti dalam gabungan ini.

“Antaranya BERSATU Sabah; Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) selain kita juga bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, kerjasama yang dilaksanakan itu adalah kesinambungan kepada mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Jadi kita perlu ada kerjasama yang erat untuk memastikan apa yang diberi kepercayaan oleh rakyat itu, mandat itu perlu kita teruskan,” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya