HomeUtamaSabah pertimbang cuti khas sebelum hari mengundi

Sabah pertimbang cuti khas sebelum hari mengundi

Read Time:1 Minute, 0 Second

TAMPARULI : Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memberi cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Kabinet Negeri Sabah.

“Nanti saya akan fikirkan, saya bawa dulu bincang dengan rakan-rakan dalam Kabinet Negeri Sabah.

“Jangan dulu kita fikirkan perkara itu, jangan kita kelam kabut memikirkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah (SM) Advent Tamparuli di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Bagaimanapun Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga akan turut mempertimbangkan pemberian cuti khas selepas pilihan raya.

“Kalau ditakdirkan kita menang besar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) di Sabah apa juga salahnya sebagai penghargaan kepada rakyat kita yang telah mengundi.

“Rakyat kita sudah tentu mahukan satu Kerajaan yang stabil, politik stabil dan juga sebagai menghargai mereka menyokong Kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan turut mengumumkan 18 November sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat di negeri itu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRU15 adalah pada 15 November dan hari mengundi 19 November ini.  – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular