HomeEkonomiMARA bantu usahawan dan masyarakat dalam sektor keusahawanan & Pendidikan

MARA bantu usahawan dan masyarakat dalam sektor keusahawanan & Pendidikan

Read Time:1 Minute, 23 Second

PAPAR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited dalam misi untuk membantu usahawan dan masyarakat setempat khasnya di luar bandar dan sektor pendidikan.

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata MARA merangka program fokus kepada matlamat untuk membantu usahawan serta masyarakat setempat dengan matlamat bagi memberi kefahaman mendalam.

“Kita beri pendedahan dan maklumat jelas mengenai kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak MARA sama ada melalui sektor keusahawanan dan pendidikan MARA.

“Program ini kita rangkumkan dalam bentuk interaksi rakyat secara langsung melalui pengisian yang dirangka seperti taklimat keusahawanan, taklimat pembiayaan, kemudahan premis MARA dan taklimat kemudahan pendidikan.

“Tidak lain tidak bukan usaha ini adalah bertujuan untuk membantu golongan sasar terutamanya usahawan dan komuniti luar bandar serta memberi manfaat secara terus mengenai kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Lawatan Kerja Pengerusi MARA di sini, hari ini.

Menurut Azizah, MARA turut membuat penelitian dan pemantauan kepada semua modul program yang dirangka bagi program taklimat keusahawanan dan pendidikan.

“Seperti program ini yang berlangsung dengan disertai 20 penyewa MARA di daerah Papar, kita selalu memantau modul program dan hari ini pengisiannya adalah berkenaan kemudahan pembiayaan MARA, kemudahan premis perniagaan MARA, peluang pendidikan dan kemudahan pinjaman pelajaran MARA dan pembangunan usahawan,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah turut menyampaikan cek kemudahan MARA kepada penerima pembiayaan MARA dengan nilai keseluruhan RM610,000 bagi penerima pembiayaan Skim Pembiayaan Kontrak Ekpres (SPIKE), usahawan Dananita, usahawan Mudah Jaya dan usahawan Putra.

Seramai 10 usahawan menerima sijil penghargaan bayaran balik pinjaman terbaik, seorang penyewa daerah Papar dan Penampang pula menerima sijil penghargaan bayaran sewa balik.

Selain itu, 10 pelajar dari daerah Papar turut menerima sumbangan tunai Yayasan Pelajaran Mara (YPM) berjumlah RM100 setiap orang.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya