Membakut dinaik taraf sebagai daerah penuh – Hajiji

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

MEMBAKUT: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional (GRS – BN) telah meluluskan menaiktaraf Daerah Kecil Membakut kepada daerah penuh.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping, di sini pada Khamis.

Hajiji berkata, menaik taraf Membakut kepada daerah penuh akan merancakkan lagi sektor pembangunan di kawasan itu sekali gus memacu sosio ekonomi penduduk di situ.

“Banyak lagi pencapaian-pencapaian kita yang lain di sini, Datuk Arifin telah membawa dan mencadangkan dalam kabinet supaya Daerah Kecil Membakut ini dinaiktarafkan sebagai daerah penuh dan kita sokong dan ia telah pun diuluskan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mohd Arifin Arif yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Membakut ketika ditemui Sabah Media berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada YAB Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas kelulusan menaiktaraf Daerah Membakut sebagai daerah penuh.

“Ianya telah diluluskan awal tahun ini dan sedang menunggu pewartaan pada tahun ini juga manakala proses pembahagian kawasan juga sudah dijalankan ke semua kawasan Parlimen Kimanis ini,” katanya.

Arifin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelaras Sabah berkata, di Daerah Membakut ini ada banyak rancangan pembangunan seperti membina pejabat daerah dan majlis daerah sendiri di kawasan itu.

“Selain itu kita sudahpun memohon pembinaan hospital, tetapi masa yang terdekat ini Kerajaan Negeri juga sudah meluluskan pembinaan Kolej Tahfiz Negeri Sabah di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sini.

Katanya, pembinaan kolej tahfiz bertaraf diploma itu membabitkan kos berjumlah RM20 juta dijangka akan mengadakan upacara pecah tanah bangunan tersebut pada awal tahun depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *