HomePolitikBN Sabah di landasan tepat: Raime

BN Sabah di landasan tepat: Raime

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu: BN Sabah terus berada di landasan tepat memenangi hati rakyat negeri ini dengan pelbagai kaedah yang berkesan termasuklah gerakan Jalinan Rakyat (JR).

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, meskipun begitu, semua pihak perlu terus memberikan kerjasama menyeluruh dalam memastikan kemenangan calon BN dan GRS.

Tambahnya, pelbagai pendekatan harus digunakan bagi mendekati rakyat dan pengundi, terutamanya memperkenalkan intipati manifesto BN iaitu Perancangan Amal dan Usaha (PADU).

“Kita memang berada di landasan tepat, dan pecutan ini harus sampai ke barisan penamat.

“JR yang ditugaskan harus terus komited dalam melaksanakan tugas mendekati pengundi dan kita berharap momentum ini berterusan.

“Malah dengan adanya manifesto BN pusat, kita harus yakin dengan perancangan pusat untuk menyakini pengundi-pengundi atas pagar,” katanya.

Raime berkata, kerjasama utuh BN dan GRS semakin terserlah dengan siri kempen yang menunjukkan kemuafakatan gabungan berkenaan dari peringkat pimpinan hingga ke akar umbi.

“Jadi momentum seperti ini kita jangan sia-siakan kerana dinamika politik di Sabah adalah berbeza berbanding negeri-negeri lain.

“Maka jangan terpengaruh dengan adanya anasir-anasir songsang yang mengatakan kita tidak ada kemuafakatan, sedangkan ternyata aktiviti kempen kita sudah menunjukkan kebersamaan dalam memenangkan calon masing-masing, “katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SMK Lok Yuk & SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular