PRU15: Beri saya peluang berkhidmat untuk anda – Thomas Lau

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

SANDAKAN: Calon GRS P186 Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau meneruskan sesi ramah mesra bertemu penduduk Rancangan Rumah Murah Kampung Sim-Sim, disini, pada hari keenam berkempen.

Semasa program di Lorong A hingga H itu, penduduk serta peniaga juga sempat menyuarakan beberapa keperluan mereka kepada beliau.

Selain itu, seorang bekas pekerja beliau begitu teruja dapat bertemunya semula menerusi sesi ramah mesra rumah ke rumah itu.

Awang Jumaat Salim, 67, yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah restoran milik Lau lebih 15 tahun lalu, berkata, Lau adalah seorang majikan yang sangat baik hati dan prihatin terhadap kebajikan pekerja.

“Saya gembira dapat bertemu beliau lagi dan mendoakan kemenangan buat beliau pada pilihanraya ini,” katanya ketika ditemui media dirumahnya sejurus sesi ramah mesra bersama Lau.

Seorang rakan lama Chong Ha Hau, 80, juga mendoakan yang terbaik buat Lau.

Dalam pada itu, Lau berkata, kempen pilihanraya beliau berjalan lancar. Penduduk menerima baik kehadiran beliau selain turut mendoakan kemenangan untuknya.

“Jika diberikan mandat nanti, saya bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk kawasan Parlimen Sandakan ini,” jelasnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *