HomePolitikPRU15 : Kerajaan fokus jaga negeri, saya fokus jaga Batu Sapi -...

PRU15 : Kerajaan fokus jaga negeri, saya fokus jaga Batu Sapi – Khairul Firdaus

Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Nick Abdul Rahman

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan mahu memberi fokus bagi membantu memulihkan semua permasalahan dikawasan itu jika diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, GRS yang merupakan satu parti tempatan sentiasa bekerja bersama untuk membawa perubahan baharu kepada negeri ini selain kemajuan untuk rakyat.

“Saya mahu fokus jaga Batu Sapi, jaga rakyat tidak kira apa bangsa apa agama, sebab saya orang Batu Sapi, mama saya berbangsa Cina dan saya dekat dengan komuniti Cina di sini.

“Saya mahu politik kita jernih, tidak mahu ada gaduh-gaduh sesama kita kerana perbezaan ideologi atau sudut pandang sebab berbeza kaum.  Saya mahu semua satu hati, sama-sama hidup harmoni di Batu Sapi kerana kita semua adalah keluarga yang besar dan saling sayang serta saling jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Cina di Mawar di sini semalam.

Khairul Firdaus berkata, kawasan berkenaan mempunyai banyak masalah dan semuanya perlu diselesaikan untuk kepentingan penduduk.

“Kita di sini ada masalah, macam-macam, di kawasan kampung masalah seperti orang susah, sampah, elektrik, kampung tidak digazet.

“Di pekan pula, masalah kesesakan, peluang kerja dan macam-macam yang saya sudah dengar dan saya kaji sendiri bila saya turun padang memberi khidmat sejak hampir 18 tahun, walaupun saya belum lagi menjadi YB di Batu Sapi.

“Saya sayang Batu Sapi dan kerana itulah saya mesti diberi peluang untuk bawa suara dan hasrat orang Batu Sapi, orang di kampung dan di pekan, semua sekali saya mahu pastikan terima pembangunan serta masalah dapat diselesaikan,” katanya.

Tambah Khairul Firdaus lagi, Kerajaan Negeri sudah membantu komuniti Cina seluruh negeri dalam perkara berkaitan pendidikan di sekolah Cina dan persatuan.

“GRS sudah bantu komuniti Cina dengan peruntukan lebih 50 hingga 100 juta. Untuk persatuan, untuk sekolah dan komuniti sebab kerajaan GRS bukan kerajaan yang pilih bulu, tengok bangsa dan kita dibawah GRS, kita kerjasama semua kaum, kita tidak mahu jahat sama orang itu, orang ini.

“Kita beri semua sama rata, tidak mahu pilih, kerana rakyat Sabah ada hak semua sama rata, tidak boleh cakap ini kaum dapat banyak, itu kaum dapat sikit, tidak boleh begitu, itu pemimpin yang tidak bagus jika pilih bulu,” tegasnya lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya