HomeUtamaPRU15 : Sokongan GRS di Ranau memuaskan - Jonathan

PRU15 : Sokongan GRS di Ranau memuaskan – Jonathan

Read Time:1 Minute, 2 Second

RANAU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin melihat sokongan yang diberikan kepada beliau selepas seminggu berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah memberangsangkan.

Katanya, ia dilihat menerusi satu gelombang besar yang dibawa oleh GRS dibawah satu parti gabungan untuk menghadapi pilihan Raya.

“Berdasarkan saingan lima penjuru ini, saya melihat sokongan yang kita dapat adalah memberangsangkan. Kita tidak mahu komen berapa jumlah, berapa peratusan, tapi sangat memberangsangkan.

“Ini kerana ia adalah berbeza dengan 2018, saya melihat ini adalah satu gelombang besar yang dibawa oleh GRS dibawah parti GRS ini sendiri yang mengabungkan banyak parti-parti.

“Bila sudah bergabung ia menjadi satu kumpulan yang sangat besar, ” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perancangan di sini semalam.

Sementara itu, Jonathan yang juga penyandang kerusi itu berharap agar para pengundi membuat pilihan dengan bijak bagi memilih dan mengundi calon-calon GRS dan Barisan Nasional (BN) Sabah.

“Walaupun ada beberapa isu di Semenanjung berkaitan mana-mana gabungan, tapi Sabah ini kita harus jaga dulu Kerajaan negeri masa sekarang.

“Sebab itu kita pelihara supaya gabungan ini akan terus dapat memerintah Kerajaan Sabah dengan baik dan diwakili pemimpin-pemimpin GRS Sabah untuk bersuara di Parlimen nanti,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya