HomeUtamaPRU15: Semangat setiakawan GRS-BN jelas semasa program kempen

PRU15: Semangat setiakawan GRS-BN jelas semasa program kempen

Read Time:1 Minute, 12 Second

TUARAN: Semangat setiakawan jelas ketara semasa program kempen Barisan Nasional (BN) untuk calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit, di sini.

Penyokong telah menunjukkan solidariti kepada Joniston, yang bertanding kerusi parlimen Tuaran, sebaik tiba di pusat daerah mengundi (PDM) BN Mengkabong, Telipok Rugading, dan Nongkolud, pada Jumaat.

Mereka turut memberikan sorakan kuat apabila Joniston melambai ke arah mereka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Tuaran dan ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, turut hadir memberi jaminan bahawa jentera BN di kawasan Pantai Dalit akan memberikan yang terbaik untuk membawa kemenangan besar kepada calon GRS.

“Datuk Joniston adalah calon yang terbaik untuk memimpin Tuaran kerana beliau adalah seorang pemimpin berkaliber tinggi yang berjiwa setiakawan.

“Kita memerlukan seorang pemimpin seperti beliau yang lantang bersuara bersuara dan akan bersama rakyat dalam susah dan senang. Tidak seperti sesetengah individu yang mengkhianati semangat setia kawan untuk kepentingan diri,” katanya.

Dalam sesi kempen beliau, Joniston berterima kasih kepada penyokong BN dan menekankan kepentingan memperkukuh persahabatan GRS-BN yang menjadi kunci kepada kestabilan.

Beliau turut menekankan keperluan untuk mempunyai seorang ahli parlimen daripada kerajaan negeri bagi mengukuhkan kedudukan negeri semasa rundingan dan kerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Dalam PRU-15, Joniston bertekad merampas kerusi parlimen Tuaran daripada penyandang Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Pakatan Harapan).

Beliau juga akan menentang Jo-Anna Sue Henley Rampas (Warisan); Muminin Kalingkong @Norbinsha (Parti Pejuang Tanah Air); Bobby Lewat (bebas), dan Datuk Noortaip Suhaili (bebas).

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya