HomeIsu tempatan217 individu terima kurniaan dalam istiadat sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua...

217 individu terima kurniaan dalam istiadat sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU :  Seramai 217 individu menerima kurniaan masing-masing pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah, hari ini.

Istiadat sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin itu didahului dengan pengurniaan darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) kepada Pesuruhjaya Parti Islam Malaysia (PAS) Sabah, Paumin@ Mohd Aminuddin Aling bersama 12 penerima lain.

Antaranya Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulaman, Murneh Lamsari, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah, Abdul Razak Muda dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Beaufort, Shahrom @ Omar Osin.

Pada sesi kelima istiadat itu, Tun Juhar turut mengurniakan darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) kepada 35 penerima manakala Setiausaha Sulit Kepada Menteri Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan, Dayang Hairena Awang Basir merupakan antara 55 individu yang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK).

Selain itu, seramai 567 individu pula menerima Bintang Kinabalu (BK) dan 25 individu lagi dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) termasuklah Unit Pancaragam Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Sabah, Koperal Gorden Ak Buiee,  Koperal Sajali Ahmad,  Koperal Sokongan Laura Jonly dan  Koperal Rohana Nurrdin @ Nordin.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, Irwan Majid dan pemenang ASEAN Song Contest 2019, Rosario Ninih Chamimi Bianis turut menjadi sebahagian penerima PPT pada istiadat yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya