HomeUtamaHasrat Maximus membawa Kota Marudu lebih maju

Hasrat Maximus membawa Kota Marudu lebih maju

Read Time:3 Minute, 35 Second

KOTA MARUDU: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili membuat kemunculan sulung di sini pada tahun 1994.

Pada masa itu, Kota Marudu hanya mempunyai lebih kurang 69 lot kedai, beberapa bangunan konkrit, dan satu-satunya jalan beraspal adalah antara Langkon dan kawasan pekan.

Beliau yang merupakan calon Gabungan Rakyat Sabah, berhasrat untuk mengekalkan kerusi parlimennya untuk penggal ketujuh.

Maximus, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah, telah dicalonkan untuk bertanding dan seterunya memenangi kerusi DUN Langkon pada tahun 1994.

“Saya terharu kerana sebagai orang baru di sini (pada ketika itu), rakyat memilih saya untuk menjadi suara mereka. Sebagai balasan, saya bertekad untuk membangunkan Kota Marudu, berkhidmat kepada rakyat dan mengubah kehidupan mereka.

“Pada masa itu, Kota Marudu hanya mempunyai satu bank, Sabah Bank Berhad kini Alliance Bank Malaysia Berhad selepas penggabungan pada 1999,” ujar Maximus

Dua puluh tahun kemudian, Kota Marudu mempunyai tambahan tiga bank – Bank Simpanan Malaysia, Agrobank dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, manakala bilangan blok kedai meningat kepada kepada 983, manakala 1,188 kawasan perumahan dan lebih kurang 32 rumah panjang di kedua-dua DUN Tandek dan Matunggong.

“Pembangunan yang luas di sini juga berjaya menarik francais besar untuk melabur di kawasan ini, seperti dua cawangan restoran KFC, tiga buah kedai Mr DIY, Marybrown, Pizza Hut, Tealive, dan OldTown White Coffee, antaranya. Malah, Pasar Raya Servay juga membuka perniagaan mereka di atas tapak tanah seluas empat ekar, yang dipercayai antara yang terbesar di Sabah.

“Penduduk dari daerah jiran seperti Kudat, Pitas, Ranau, dan juga Kota Belud, sanggup datang ke daerah ini untuk membeli-belah, berkat jalan yang dinaik taraf seperti Jalan Marak-Parak dan Jalan Gana,” katanya.

Tidak berhenti setakat itu, malah Maximus berkata sektor pendidikan turut diberi keutamaan dengan sehingga kini Kota Marudu mempunyai lebih 50 sekolah dari tadika hingga sekolah menengah, sebuah sekolah vokasional dan sebiuah kolej komuniti.

“Sebenarnya, status ‘miskin’ terutamanya dirujuk kepada pekebun padi di kawasan perbukitan. jika tidak, masyarakat di kawasan rendah mampu bersaing dari segi ekonomi dengan mana-mana daerah pertanian di Sabah.

“Saya terkilan kerana Kota Marudu dilabelkan sebagai salah satu daerah termiskin di Malaysia, walhal penduduk di sini mempunyai kuasa beli yang tinggi. Takkanlah francais besar akan melabur di sini jika tiada pembangunan di kawasan ini? Saya boleh katakan Kota Marudu hari ini jauh berbeza daripada sebelumnya pada tahun 1990-an.

“Semua ini adalah perkembangan yang tidak datang secara kebetulan, kami telah merancang semuanya dengan betul. Apa yang kita capai setakat ini adalah kehendak rakyat,” katanya sebagai mempertahankan pembangunan pesat yang dibawa ke daerah itu sekali gus menangkis gelaran sebagai antara daerah termiskin di negara ini.

Maximus, yang menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasib beliau, menambah: “Pada PRU15 ini, terdapat kebimbangan bahawa saya telah bertapak di sini terlalu lama. (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) berumur 97 tahun, saya hanya 69, tetapi saya menawarkan diri untuk bertanding demi pengundi-pengundi saya kerana saya ingin mengotakan janji yang saya buat hampir tiga dekad lalu. Itulah yang terbuku di hati kami, kami ikhlas untuk menjadi wadah pembangunan kawasan ini,” kata Maximus .

Menyentuh soal kesihatan, Maximus memberi jaminan bahawa beliau telah mendapat khidmat nasihat dari doktor pakar, dan beliau disahkan sihat untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Mereka (doktor) kata saya dalam keadaan sihat, namun menasihatkan agar saya masih perlu menjaga badan dan berehat secukupnya. Tetapi semangat untuk berkhidmat kepada rakyat memberikan saya tenaga yang luar biasa ketika keluar berkempen. Saya tidak pandang remeh dengan kebolehan pihak lawan, namun saya yakin rakyat akan menyokong Gabungan Rakyat Sabah demi kebaikan negeri dan rakyat.”

Selepas memenangi kerusi DUN Langkon, Ongkili mengulangi rekod kemenanganan sebanyak dua kali untuk kerusi DUN Tandek, iaitu pada 1999 dan 2004.

Pada 1995, Ongkili turut bertanding di kerusi parlimen Kota Marudu (dulu Bandau), dan ditentang bapa saudara beliau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. Maximus menewaskan Jeffrey dengan majoriti 4,865, selepas memperoleh 10,716 undi.

Beliau mengekalkan kerusi parlimennya untuk lima pilihan raya berturut-turut pada 1999, 2004, 2008, 2013 dan 2018.

“Bagi saya, selepas hampir tiga dekad di sini, saya telah membuktikan kepada rakyat bahawa saya telah menjalankan tanggungjawab untuk mengubah Kota Marudu ke tahap kini. Harapan pengundi kini amat tinggi. Mereka yang bakal mengambil alih (kerusi) daripada saya perlu melakukan lebih baik daripada saya.

“Hasrat saya adalah untuk membantu pemimpin baharu kelak untuk menjalankan tugas yang lebih baik daripada apa yang saya dan pasukan telah lakukan untuk Kota Marudu,” kata Maximus.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya