HomeUtamaSuruhanjaya Tenaga Sabah akan ditubuhkan April tahun depan

Suruhanjaya Tenaga Sabah akan ditubuhkan April tahun depan

Read Time:2 Minute, 7 Second

TAWAU: Rang undang-undang yang akan membuka jalan kepada pembentukan Suruhanjaya Tenaga Sabah akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada April tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, dengan penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah, negeri ini akan mempunyai kawalan penuh mengenai pengurusan sumber tenaganya, terutamanya elektrik.

“Ini adalah sebahagian daripada tuntutan Kerajaan Negeri GRS-BN berhubung hak kita dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya pada sesi bersama rakyat sempena majlis makan malam di Dewan SJK (C) Kung Ming di sini malam tadi.

Bersama beliau ialah calon GRS-BN bagi Tawau, Lo Su Fui dan Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy. Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah menggesa pengundi Tawau supaya berhati-hati membuang undi dan pilih wakil yang mementingkan kebajikan mereka.

Hajiji berkata calon GRS-BN bagi Tawau, Lo Su Fui dilahirkan dan dibesarkan di Tawau, jadi beliau sangat memahami keperluan penduduk di sini.

Beliau berkata kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional yang terjalin sebelum ini pada pilihan raya negeri 2020 dan merupakan cara terbaik untuk Sabah bergerak ke hadapan.

“Ini satu-satunya cara untuk kita membangunkan Sabah dan kerjasama, ini mesti diterjemahkan dengan mengundi untuk calon GRS-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya.

Hajiji berkata Warisan cemburu dengan Kerajaan Negeri GRS-BN kerana mempunyai membangunkan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Mereka (Warisan) tidak ada rancangan sedemikian (semasa mereka dalam kerajaan), mereka tidak
mempunyai program atau platform yang jelas. Tetapi Kerajaan Negeri GRS-BN, kita ada SMJ, iaitu slogan pada lambang Negara kita yang digubal dengan mengambil kira manifesto yang kita tawarkan kepada rakyat,” katanya.

Hajiji berkata beberapa projek akan dimulakan tahun depan di sini termasuk pembinaan Jalan Utara Tawau dan Rawatan Air Cintamata Tawau bernilai RM400 juta.

Mengambil kira penyertaan aktif Tawau dalam kemajuan budaya, beliau berkata Kerajaan Negeri GRS-BN akan membina Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC). Paling penting, katanya adalah kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Negeri ada
telah berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik daripada sektor minyak dan gasnya melalui Petronas.

“Semua hasil ini akan disalurkan semula kepada rakyat. Tiada guna kita bercakap tentang projek mega tetapi rakyat tetap miskin,” katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, Ketua Menteri yakin dengan peluang Lo dan Andi yang juga Adun Tanjung Batu pada pilihan raya 19 November ini.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis makan malam itu termasuk Menteri Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Arifin Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Adun Balung Datuk Hamil Awang, Adun Kukusan Rina Jainal, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali, pemimpin parti komponen GRS dan BN.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya