HomeUtamaTidak selari dengan perjuangan parti, Warisan tolak kerjasama PH

Tidak selari dengan perjuangan parti, Warisan tolak kerjasama PH

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Calon Parti Warisan Parlimen Kota Kinabalu Amanda Yeo tidak bersetuju dengan kenyataan Calon DAP Chan Foong Hin mengenai tuntutan MA63 dan royalti 20 peratus yang tidak dapat ditunaikan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana perlu menjaga ‘perasaan semenanjung’ terlebih dahulu.

Mengulas mengenai perkara itu, Amanda berkata, Sabah sudah ketinggalan di belakang, mereka (Warisan) mesti meneruskan usaha untuk memperjuangkan hak-hak Negeri Sabah.

“Saya rasa ia (kenyataan Chan) memang tidak valid (sah) , Sabah sudah ketinggalan belakang dari segi infrustracture (infrastruktur) dan dari segi economic development (pembangunan ekonomi).

“Kalau dia (Chan) bilang itu oil royalty (royalti minyak) atau tax royalty (royalti cukai) mau bagi-bagi semenanjung, itu memang tidak logik, kalau semenanjung itu jalan raya sudah sangat lancar, tapi Sabah kami punya jalan raya memang teruk sekali.

“Saya tidak setuju, kami mahu mengembalikan hak-hak orang Sabah.

“PH dulu dia bekerjasama dengan Warisan, PH berjanji untuk mengembalikan oil royalty sebanyak 20 peratus tapi itu mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bilang itu bajet tak cukup jadi Semenanjung tak dapat bagi tu royalti 20 peratus,” katanya semasa ditemui media semasa mengadakan kempen ceramah di Lotus Coffee Shop, Damai hari ini.

Menurut Amanda, disebabkan perkara itu Warisan berasingan dari PH.

“Ini kerana Warisan dari dulu sampai sekarang walaupun bersama PH hanya selama enam tahun tapi setakat ini hanya parti Warisan memang konsisten fighting the rights of Sabahan (memperjuangkan hak rakyat Sabah) berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, Amanda turut mengulas hari ini viral satu video mengenai Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata dalam ceramahnya di Putatan seperti berikut: “satu ekor cina” pun tiada menteri dan pembantu menteri”.

Amanda berkata, itu ‘seekor cina’ dari persepktif GRS, bermakna iaitu ‘Gabungan Rompak Sabah’ yang tidak care about Sabahan welfare (peduli kebajikan orang Sabah).

“Statement (Shafie) ‘seekor cina’ kerana dia mengutamakan semua kaum di dalam kabinet dan mesti masukkan semua bangsa dalam kabinet,” katanya.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi merebut kerusi Parlimen Kota Kinabalu kali ini menyaksikan pertarungan lima penjuru Yeo Yan Yin@Amanda Yeo berdepan dengan Yee Tsai Yiew (GRS), Winston Liaw Kit Siong (KDM), Chan Foong Hin (PH) dan Marcel Jude (Bebas).

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya