HomePolitikPRU15 : Yakub gariskan lapan bentuk iltizam

PRU15 : Yakub gariskan lapan bentuk iltizam

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar Datuk Yakub Khan menggariskan lapan bentuk iltizam untuk membawa Sepanggar ke satu tahap yang lebih maju ke hadapan jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, iltizam itu meliputi ekonomi; jaringan sosial; pendidikan; kelestarian alam sekitar; kebajikan; kemudahan awam; pembangunan belia dan perkampungan.

“Alhamdulilah saya telah mengumumkan iltizam saya sekiranya saya dipilih sebagai Ahli Parlimen di Sepanggar ini dan khususnya apabila BN memenangi pilihan raya untuk membentuk Kerajaan.

“Saya melihat suasana Parlimen Sepanggar ini meliputi kawasan bandar; pinggir bandar; luar bandar; dan pelbagai.  Ianya juga diisi dengan hub industi; hub pendidikan, semua ada di Sepanggar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketiga ditemui selepas menghadiri Pentas Anak Muda dan Majlis Pelancaran Iltizan Sepanggar di Dataran Kampung Darau Laut di sini semalam.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, beliau mengambil inisiatif melahirkan satu iltizam untuk membawa Sepanggar ke satu tahap yang diyakini mampu dicapai sekiranya Kerajaan BN diberi mandat bagi menubuhkan Kerajaan.

“Justeru itu saya menyeru kepada anak-anak muda dan juga pengundi lain di Parlimen Sepanggar untuk memberi peluang kepada saya, InsyaAllah iltizam dan impian kita ini akan dapat dilakukan,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya