HomeUtamaCalon GRS Sandakan berazam beri perkhidmatan terbaik

Calon GRS Sandakan berazam beri perkhidmatan terbaik

Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Parlimen Sandakan, Thomas Lau berazam untuk memberikan yang terbaik dan tidak akan berbohong semata-mata demi meraih undi.

Berucap semasa Ceramah Perdana Sandakan Bersama Ketua Menteri Sabah di Dewan Hakka pada malam Rabu, beliau komited membawa daerah Sandakan lebih maju ke hadapan melalui lima visi utama beliau.

“Yang pertama, saya ingin kerajaan negeri dan persekutuan kembali membangunkan ekonomi Sandakan dengan membentuk satu jawatankuasa supaya dapat mencadangkan dan melaksanakan yang terbaik untuk Sandakan.

“Yang kedua, mewujudkan pusat rekreasi keluarga di Sandakan. Saya sudah mengenalpasti satu tapak di Sim-Sim untuk dibangunkan, kita akan timbus pasir putih untuk mewujudkan pantai dan dari sana kita boleh melihat Pulau Berhala,” katanya.

Melalui maklum balas dari penduduk setempat, Lau turut menyatakan komitmen mahu menaiktaraf dua pasar utama di kawasan Parlimen Sandakan iaitu Pasar Elopura dan Pasar Kim Fung sekiranya beliau diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Sandakan.

Beliau juga ingin nasib golongan belia dibela menerusi pewujudan kolej teknikal yang mampu melahirkan graduan berdaya saing serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan penghijrahan golongan itu ke Semenanjung, Singapura dan Brunei.

Calon berjiwa rakyat itu juga berazam merealisasikan impian rakyat Sandakan yang mahu Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre) diwujudkan di daerah ini.

“Ini adalah sebahagian kecil daripada misi dan visi saya sekiranya diberi kepercayaan oleh masyarakat Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Dengan pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan perniagaan, saya sedia menawarkan khidmat untuk membangunkan Sandakan dan rakyat secara keseluruhannya ke tahap yang jauh lebih baik,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya