HomeUtamaRaime seru pengundi sokong Calon BN Parlimen Tenom

Raime seru pengundi sokong Calon BN Parlimen Tenom

Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN / Video YUSOF MOHAMAD https://fb.watch/gS6zLMBdr-/

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Raime Unggi merayu kepada semua pengundi Parlimen Tenom supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Kita ada berbaki satu hari lagi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dan saya merayu dan meminta semua pengundi terutama di Parlimen P.181 Tenom supaya menyokong calon Barisan Nasional.

“Menyokong Barisan Nasional bererti kita mempunyai satu manifesto yang terbaik untuk rakyat, dalam konteks ini kalau kita lihat kestabilan negeri juga kestabilan di Kerajaan Persekutuan.

“Jadi saya harap kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional, pengundi-pengundi sama ada yang belum membuat keputusan dan sudah membuat keputusan, tuan-tuan dan puan-puan boleh membuat keputusan yang terbaik, pilihan yang terbaik itu ialah Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui Sabah Media semasa program Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kemabong di sini hari ini.

Raime yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom turut menasihatkan kepada pengundi di kawasan Parlimen Tenom supaya lebih bijak berfikir dan tidak memikirkan fitnah-fitnah ditaburkan dari parti lawan.

“Saya harap pada kali ini kita jangan lagi memikirkan soal fitnah-fitnah yang ditabur oleh pihak lawan PH (Pakatan Harapan) dan parti-parti lawan yang lain, saya lihat ini perlu dilihat dan difikirkan secara bijaksana. Kita perlukan kestabilan demi menuju kemakmuran,” tegasnya.

Beliau mahu PRU15 ini ada kesinambungan untuk memajukan Parlimen Tenom berlandaskan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya nampak hari ini yang dinodai semasa PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) dan saya harap kesinambungan untuk kita dapatkan kembali khususnya di Parlimen Tenom ini yang saya lihat banyak lagi perlu pembangunan, bukan sahaja pembangunan infrastruktur, jalan raya, elektrik, tetapi yang pentingnya hari ini ialah rakyat mementingkan pembangunan ekonomi.

“Setiap isi rumah sama ada penoreh getah ataupun penanam kelapa sawit, penanam buah-buahan dan macam-macam lagi kerana di Tenom ini hasil pengeluaran tanaman yang terbanyak contohnya Pisang Sabah memang banyak di sini.

“Kalau boleh diharap dengan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – BN, inshaAllah PRU15 ini, calon Barisan Nasional ini akan jadi tumpuan kepada para petani, maka aktiviti pekebun-pekebun kecil ini dapat dirancakkan,” katanya.

Majlis dihadiri Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelaras Datuk Mohd Arifin Arif dan calon BN Parlimen Tenom Jamawi Ja’afar.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya