HomeUtamaSokongan dan sambutan pengundi BN meningkat di Parlimen Tenom

Sokongan dan sambutan pengundi BN meningkat di Parlimen Tenom

Read Time:1 Minute, 51 Second

TENOM: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tenom Jamawi Ja’afar yakin sambutan dan sokongan pengundi terhadap BN semakin hari semakin meningkat sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan.

Katanya, kempen berjalan di hari-hari terakhir dan melihat sambutan dan sokongan kepada Barisan Nasional semakin hari semakin meningkat

“Saya yakin dengan sambutan sebegini akan memberikan kemenangan kepada BN dalam pembentukan Kerajaan Barisan Nasional pada 19 November ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kemabong, di sini pada Khamis.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai isu yang dibangkitkan iaitu mengambil alih tanah Sabah Forest Industry (SFI) untuk manfaat penduduk yang bercucuk tanam di kawasan Kemabong dan Tenom.

“Mengambil alih tanah SFI menjadi isu dalam tempoh pilihan raya ini, kuasa yang meluluskan seperti yang dijelaskan YAB Ketua Menteri adalah kuasa beliau sebagai tunjang pemerintahan Kerajaan Negeri.

“Jadi semua penduduk kawasan Kemabong, Tenom jangan risau, YAB Ketua Menteri akan mendengar isu ini dan in sha Allah sekiranya saya diberi peluang sebagai wakil rakyat, saya akan terus mendesak kepada kepimpinan negeri untuk menyelesaikan isu yang telah sekian lama dan berpuluh tahun dihadapi oleh masyarakat di kawasan ini, di mana mereka tidak bebas untuk bercucuk tanam kerana tanah ini telah digazetkan (warta) sebagai hutan simpan untuk SFI.

“Justeru itu, bila ada jaminan begini masyarakat Kemabong dan Tenom boleh usahakan tanah tersebut kerana proses pengeluaran tanah itu daripada reserve (hutan simpan) SFI akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang segera, tidak perlu melayani sebarang ugutan tidak perlu melayan kata-kata yang menyatakan ianya sedang di ‘KIV’ (keep in view) kerana YAB Ketua Menteri telah memberikan komitmen bahawa beliau sendiri akan menyelesaikan isu ini bersama dengan kepimpinan Barisan Nasional dan GRS di kawasan parlimen ini,” jelas Jamawi.

Beliau turut menyeru kepada semua pengundi di kawasan Tenom supaya dapat keluar beramai-ramai dan sentiasa mendengar nasihat daripada jentera-jentera parti dari Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.

“Mudah-mudahan cuaca mengizinkan dan yang pentingnya untuk memastikan kad pengenalan kita sentiasa bersama kita jangan ada pihak-pihak lain ingin mengumpulkan kad pengenalan kita kerana itu adalah hak kita keperluan untuk kita mengundi.

“Dan mudah-mudahan kita dapat keluar mengundi dan jangan lupa untuk kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya