HomeUtamaPRU15: GPS pilih bentuk Kerajaan campuran bersama PN,BN,GRS

PRU15: GPS pilih bentuk Kerajaan campuran bersama PN,BN,GRS

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju membentuk Kerajaan Persekutuan menerusi kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN); Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata, keputusan bagi membentuk Kerajaan campuran itu adalah demi untuk mengukuh dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, GPS juga bersetuju untuk mencalonkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

“Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan setelah selesai PRU15 semalam.

“Dunia dan negara kita bakal berdepan dengan cabaran krisis ekonomi dan keadaannya dijangka menjadi lebih genting tahun depan.

“Justeru, demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, kerajaan campuran yang bakal dibentuk itu bermatlamat untuk menegakkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Kerajaan campuran itu juga menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, MA63 dan Laporan IGC.

“Kerajaan campuran juga akan memastikan autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan serta perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular