HomePendapatBajet Sabah 2023 merupakan bajet yang holistik - Dr Lee

Bajet Sabah 2023 merupakan bajet yang holistik – Dr Lee

Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Bajet Sabah 2023 merupakan suatu bajet yang holistik merangkumi kawasan bandar dengan luar bandar serta semua lapisan masyarakat, kata Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung.

Dr Lee berkata, ini selaras dengan tema Belanjawan Negeri Sabah 2023 iaitu “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera,” yang mengambilkira perkembangan semasa global baik ketenteraman dunia melibatkan perang Rusia-Ukraine dan kepincangan pertumbuhan kuasa ekonomi dunia Amerika Syarikat serta China yang dipengaruhi pandemik Covid19.

“Saya melihat bajet yang dibentang ini merupakan suatu bajet yang holistik merangkumi kawasan bandar dengan luar bandar serta semua lapisan masyarakat,” kata Dr Lee ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Dr Lee mengulas mengenai Belanjawan Negeri Sabah 2023 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri di sini pada Jumaat.

Katanya, Ketua Menteri menyatakan hasil pendapatan Negeri Sabah pada tahun 2021 berjumlah RM5.449, ini merupakan rekod pertama dan sudah pasti surplus budget (Belanjawan Lebihan) itu yang ingin dilihat kerana pendapatan melebihi perbelanjaan.

“Angka yang diberikan RM5.138 bilion menunjukkan peningkatan mendadak jumlah yang akan dibelanjakan hasil daripada peningkatan pendapatan Negeri Sabah.

“Manakala anggaran pendapatan sudah pastinya meningkat sekiranya harga komoditi (menerusi kutipan cukai) dan petroleum (royalty) meningkat di samping pemberian khas (special grant) daripada Kerajaan Persekutuan yang diharapkan kerajaan baharu akan menghormati dan menunaikan disamping meneruskan rundingan untuk memperolehi jumlah yang lebih besar,” tambah Dr Lee.

Beliau turut berkata, peruntukan RM1.16 bilion (yakni kedua tertinggi) untuk Kementerian Kerjaya Raya sudah pasti akan menyaksikan pembangunan infrastruktur di Sabah akan lebih baik.

“Sementara Isu air dan kemudahan jalan raya serta jambatan juga mendapat perhatian serius dalam bajet 2023 tersebut.

“Demikian juga dalam sektor pelancongan yang dijangkakan akan semakin pulih pada 2023 dijangkakan mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Lee tertarik dengan bantuan-bantuan yang diberikan kepada anak-anak muda di negeri ini bagi usaha memperkasa dalam aspek pendidikan golongan itu.

“Commercial Colaboration Agreement (CCA) yang termaktub dalam perkara 79 paling menarik perhatian saya yang mana bagi golongan anak-anak muda sudah pastinya peningkatan bantuan sebanyak RM8 juta menjadikan keseluruhannya RM43 juta bagi bantuan-bantuan pembelajaran iaitu Bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (BAGUS); Bantuan Ihsan Sekolah (BISBAH); Bantuan Kecil Infra Sekolah; Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan (AKSA) dan Bantuan Khas Pendidikan (BANTU) amat bermakna di samping peruntukkan sebanyak 97.5 juta untuk Pembangunan Belia dan Sukan.

“Tidak dilupakan golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas serta golongan wanita juga turut mendapat perhatian dalam Bajet Sabah 2023 ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya